Kepada Pelanggan yang dihargai,

 

Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS Server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. Namun begitu kami telah Berjaya menyelesaikan masalah ini dan kami jamin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi.

 

Kami juga telah menambah Firewall pada DNS Server kami berikutan terlalu banyak DNS Attack pada domain-domain anda dan ianya akan menambah kelajuan pada pembukaan kali pertama setiap kali pencarian domain anda.

 

Berikutan dari masalah ini berpunca dari kesalahan kami yang tidak memberi notis terlebih dahulu kerana pengalaman kami pemindahan server DNS tidak memberi kesan terhadap domain anda. Kami dengan ini menawarkan anda untuk promosi hosting SOHO Plan dengan hanya RM 10.00 sahaja untuk tahun pertama. Kupon Promosi “soho2013”

 

Seterusnya kami mengalu-alukan sokongan serta segala pertanyaan dan cadangan supaya kami dapat menaik taraf perkhidmatan yang terbaik di rantau Asia.

Segala Pertanyaan atau perkhidmatan sokongan hanya akan dijawap menerusi system support Ticket kami sahaja.

 

Like us on Facebook

 

 



Wednesday, January 30, 2013







« Back